Berita kepada kawan...
ini ada soalan yang baik. andainya sesuatu kecemasan berlaku di kuala lumpur misalnya, adakah agensi-agensi yang berkaitan boleh bertindak cekap, pantas dan penuh keterampilan dalam tempoh 1 jam yang pertama? bagaimana dalam tempoh 24 jam yang berikutnya? 72 jam?
tempoh 1 jam yang pertama dapat membantu menyelamatkan mangsa kecederaan yang kritikal. lihat saja apa yang telah berlaku di kota london baru-baru ini. sebaik sahaja kecemasan dikenal pasti, sebuah lokasi yang berhampiran - dalam satu kes sebuah hotel - dijadikan pusat pemeriksaan dan bantuan kepada mangsa letupan bom.
kita bagaimana? angguk-angguk, geleng-geleng... sila baca artikel berikut. Ensure preparedness.
di dalam keperitan dan penderitaan rakyat palestine (majalah3 tv3 9 julai 2005), tangisan anak-anak afghanistan (qaisy dan laila), makan nasi berlaukkan siput babi (tv3 bersamamu) dan akhir sekali kematian sim yee lim (astro misi suara hati 1) lebih kuat lagi tangisan rakyat malaysia apabila elliza, fuad, idayu, reza, amy dan aidil terkeluar dari akademi fantasia 3. air mata anak dara hasil dari af3 lebih dari 7 tempayan, cukup untuk sultan melaka meminang puteri gunung ledang. lentingan marah reaksi dari komen adlin aman ramli pada pelajar af3 tersayang lebih dahsyat dari pencabulan hak asasi manusia dia iraq dan kem x-ray guantanamo bay. mungkin mereka ini tidak pernah merasa keperitan? sila baca Put it all into perspective
jangan sampai alam mulai enggan bersahabat dengan kita (berita kepada kawan - ebiet g ade).
0 Comments:
Post a Comment
<< Home