Panglima

Ne Plus Ultra

Wednesday, June 22, 2005

Budi Bahasa Naik LRT

pagi tadi seperti biasa aku naik star lrt kat stesen sri petaling. tak ramai orang kat platform tadi dan kebetulan tren 6 koc yang sampai. berlebih-lebih tempat duduk kosong.

bila dah sampai stesen bukit jalil boleh tahan jugak ramai orang kat situ. tapi yang tak tahannya diaorang berebut naik tren nak dapatkan tempat duduk. yang dahsyatnya, orang lelaki boleh berebut tempat duduk dengan pompuan. camana? dia ni cepat mencelah masuk pastu landing punggung bedebuk. padahal ada la sorang pompuan ni dah on the way nak duduk tapi tak de la gelojoh habat mengejar tempat duduk tu. tak tahu malu betul jantan tu.

dah sampai stesen sg besi, ramai jugak la naik tapi tak de la berebut pasal tren dah ramai orang. rebut pun tak de faedahnya. ada la akak mengandung ni masuk. aku duduk kat jauh hujung sambil perhati dia masuk. time aku bangun je nak offer tempat duduk, ada la pompuan yang duduk paling tepi offer dia duduk. ish.. yang jantan lain duduk dekat2 situ macam tak nampak lak perut boyot tu. mangkuk buta hayun betul. diaorang ni anak buluh betung ke tak de emak? anyway, pasal aku dah bangun, aku offer la tempat duduk aku kat ada satu awek ni, yang mulanya malu-malu menolak. tapi, takkan la aku nak duduk balik kan?

dua minggu lepas, aku naik tren kat masjid jamek time balik kerja. kena berdiri la pasal ramai orang. takkan aku nak buat kerja berebut kan? kat stesen plaza rakyat ada la akak mengandung ni masuk. mamat yang duduk paling tepi tu, ntah rabun tak nampak kot. tapi badan besar tegap. maka aku jalankanlah kewajipan aku sebagai rakyat prihatin. aku tepuk bahu mamat tu pastu tunjuk kat akak mengandung tu. melompat dia bangun. malu kot sebab akak tu dah dekat seminit lebih terpacak sebelah dia.

jadi aku seru pada korang semua, bila nampak ketidakadilan macam ni, suruh aje sesiapa yang nampak lebih sihat tu bangun. kerana walaupun kita sama berdiri dan tak betulkan apa yang tak sepatutnya, maknanya kita sama bersubahat dan... tak malu???

kasi tau sama saya.

2 Comments:

At 12:02 AM, Anonymous Anonymous said...

Tu pasal kalau naik lrt, me malas nak duduk esp during peak hour.Tapi, kalau buleh la.. yg mengandung tuh, avoid la naik lrt kat kl nih.. sian aku tgk.. terpakse berhimpit, dah tu org kat kl ni pulak xreti bahase, main redah ja esp bila nak keluar dan masuk..kilo lima @ kesesakan "lalulintas"!

 
At 2:06 PM, Anonymous Anonymous said...

BTUL GAK CITE KO 2. ME PON RASA TAK BAGUS GAK DAK2 SKRG NIE, X RETI BASE TUL, DAH NAMPAK ORG YG SEPATUTNYE KENA DUDUK, KORANG WAT X NAMPAK JEA......... HAI...... APE LAH NAK JADI DGN KORANG NIE.... LASTLY, ME NAK TOLD 2 U ALL, MAJULAH BAHASA UNTUK NEGARA.......

 

Post a Comment

<< Home