Panglima

Ne Plus Ultra

Tuesday, June 28, 2005

TV3 Bersamamu - Episod 5

Semalam tengok Episod 5 - Keluarga Maini Mariam

Bagaimana rasanya makan siput babi sebagai santapan harian, diulami rumput dan daun kayu?

majlis agama dan pusat zakat, bagaimana? tak layak ke mereka ini? jangan sampai dipersoal lagi kenapa pokok bunga boleh dibaja tetapi mulut rakyat ternganga kelaparan.

kejap lagi aku nak hantar cek.

untuk menderma, taip TABUNG2, TABUNG5 atau TABUNG10 dan hantar ke 33533 untuk menderma RM2, RM5 atau RM10 kepada Tabung TV3 Bersamamu.

Sumbangan Melalui Cek
Untuk membuat sumbangan melalui cek, ikuti langkah-langkah berikut:
1. Bayar cek kepada Tabung TV3 Bersamamu - BSM
2. Nyatakan jumlah yang hendak disumbangkan
3. Di belakang cek anda, sila tulis
- Nama dan nombor telefon penyumbang
- Jika sumbangan itu ingin disalurkan kepada responden tertentu atau episod tertentu, sertakan sekali nama responden atau episod.
4. Salurkan cek anda kepada:
Jabatan Komunikasi Korporat STMB
Sri Pentas, No. 3
Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama
47800 Petaling
Selangor

Jika anda mempunyai persoalan tentang sumbangan, hubungi Jabatan Komunikasi Korporat di talian 03-77266333 sambungan 3302/5121.

4 Comments:

At 10:44 AM, Anonymous Anonymous said...

Hai....apa khabar semua ?

 
At 4:17 PM, Anonymous Anonymous said...

Hai.....sha...lalalalalalalalalala!

 
At 3:01 PM, Anonymous Anonymous said...

Selamat sejahtera semua,

Apa khabar?

Saya merupakan penonton setia rancangan "Bersamamu TV3", saya telah mengikuti rancangan ini sejak dari awal lagi. Saya rasa rancangan ini amat sesuai dipaparkan sejak dari dulu lagi. Mengapa baru sekarang TV3 mahu memaparkan paparan sebegini di TV3. Saya rasa langkah sebegini kurang sesuailah kerana dalam era 2005 sekarang ini kiranya masyarakat telah menikmati hasil kekayaan ekonomi seiring dengan kejayaan Malaysia.Malahan ini akan menjejaskan imei negara Malaysia dimata para pelancong yang datang ke Malaysia. Sudah tentu para pelancong akan menjadi terperanjat dan hairan dengan keadaan rakyat yang hidup melarat. Ini adalah kerana sebelum ini kerajaan Malaysia telah mempromosikan Malaysia dimata dunia. Yang menjadi pertanyaan sekarang mengapa dari dahulu lagi nasib golongan sebegini tidak dibela terlebih dahulu? Adakah kini baru pihak TV3 yang mengambil langkah untuk melariskan televisyen mereka? Saya juga berasa amat sedih kerana pada zaman new milennium sebegini juga masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak berkemampuan hanya mampu menjamah siput babi. Di manakah letaknya nilai bangsa dan keutuhan KLCC dan bangunan pencakar langit yang kita kagumi selama ini, sedangkan kita tidak sedar bahawa masih lagi terdapat golongan miskin yang hidup melarat dan tersisih dari masyarakat. Inikah yang dinamakan pembangunan? Mungkin kerajaan boleh memikirkan alternatif lain sejak dari dahulu lagi untuk mengikis kemiskinan yang semakin membelenggu masyarakat dalam era moden. Di manakah nilai perikemanusiaan rakyat Malaysia kerana hanya memeluk tubuh melihat golongan miskin terus sengsara dalam kemelut diri yang semakin memakan diri. Di manakah kempen-kempen masyarakat penyayang dan masyarakat madani? Apakah ini semua hanya sementara sahaja tanpa apa-apa tindakan untuk memajukan atau meningkatkan taraf hidup masyarakat yang sememangnya memerlukan pertolongan dari golongan yang berkemampuan. Sekiranya, masalah kemiskinan tidak dibasmi dengan kadar segera,ianya akan membantutkan pembangunan. Negara akan mengalami kerugian kerana para pelancong akan melancong ke negara lain. Pernahkah kita semua terfikir bagaimanakah nasib golongan miskin ini menjalani kehidupan ketika negara mengalami masalah jerebu, jika dibandingkan dengan golongan yang kaya-raya yang duduk di dalam air-cond pun berasa tidak selesa, inikan pula golongan miskin yang tinggal dalam keadaan merempat di tempat tinggal yang tidak selesa sama sekali. Dimanakah dasar perikemanusiaan di antara manusia yang akan menghulurkan derma di masa kesusahan. Saya boleh mengandaikan bahawa kawan ketawa ramai, manakala, kawan menangis seorang pun tiada. Sebenarnya, inilah hakikat kehidupan pada zaman sekarang, manusia hanya mementingkan diri mereka sendiri tanpa mengira batas usia dan sempadan. Bagi yang berkemampuan sudi-sudilah menderma kerana keikhlasan anda mencerminkan ketulusan hati budi anda. Sekian terima kasih.

 
At 3:39 PM, Anonymous Anonymous said...

Thank you for your information.

 

Post a Comment

<< Home