Panglima

Ne Plus Ultra

Monday, January 24, 2005

Selamat Hari Raya Aidil Adha / Korban

Panglima's log Monday 24 January 2005

selamat hari raya aidil adha dan selamat hari raya korban. cuti weekend panjang bagi ramai orang termasuk la aku. pepagi raya kul 3 pagi aku dah bertolak ke perak, beraya dengan pak/mak sedara belah orang rumah. petang sebelum balik mandi air terjun kat lata kinjang. fuhhhh... sejuk menyegarkan.. macam minum eno. pastu balik kl. trafik kedua2 hala tak de jam. iye le.. kul 3 pagi apa nak jam. tapi dengan jem tengah malam tu teruk la jugak. kesempatan nampak bangkai kenderaan yang eksiden teruk meninggal sekeluarga kat area rawang tu. memang tak de rupa kenderaan langsung apa yang tinggal tu. innalillahi wainna ilaihirajiun.

sabtu pagi kul 8 lebih bertolak ke taman negara kuala tahan di pahang. sampai jerantut dalam pukul 10 lebih. breakfast and lunch dulu. pastu pegi ziarah rumah member kat jerantut. plan asalnya sekejap je.. last2 sejam lebih. raya la katakan.. takkan nak touch n go aje kan? lepas tu baru la sambung perjalanan ke kuala tahan dengan melalui jalan darat.

lebih kurang 1 jam aje dari jerantut. tapi jalan dia elok sikit dari camel trophy. kenapa? pasal banyak kena lanyak dengan lori balak. overloading lak tu rasanya. hancur berlubang sesetengah tempat tu. camana pun masih boleh dilalui oleh kenderaan ringan termasuklah kereta kancil. jadi kul 2.30 gitu sampai la kat kuala tahan.

check-in chalet Agoh. ambil 2 bilik air con. setiap bilik ada 4 katil. tapi kena buat gitu pasal takkan la aku nak tidur sebilik dengan maid aku kan.. camana nak tukar baju bagai. pastu nak 18sx lagi... jadi anak aku yang besar tu pun tido bilik lagi satu. karang kacau daun lak yea.

first thing aku tido dulu.. penat drive wehhhh. sampai la kul 4. pastu ke seberang sungai tembeling ke taman negara resort. tambang bot lima posen sorang. budak tak kira. ambil permit kat perhilitan. permit budak kira juga. tak kisah la... RM1 sorang aje.. teramat murah bila dibandingkan dengan apa yang diaorang dah belanja jaga tamana negara tu. pastu jenjalan masuk trek hutan menuju ke bukit terasek/laluan kanopi.

pastu pegi naik tahan hide atau bumbun tahan intai2 binatang kat salt lick. tak de nampak apa pun. nyamuk pun tak nampak. dan sebelum gelap.. berkejar ke lubuk simpon untuk mandi sungai!!! yeaaa... sejuk menyegarkan macam minum eno.

malam tu makan kat restoran di atas air.. atas rakit. bukan atas tiang macam restoran kat tasik titiwangsa tu. nasi 5 orang, lauk paprik, tomyam dan fresh orange 5 orang seme total RM48. fuhhhh... taman negara la katakan. tak kisah la. lain kali aku bawa roti dengan sardin.

pastu pegi balik taman negara resort tengok tayangan video. adalah 25 minit 40 saat. pastu pasal bebudak dah lembik, balik tido.

pepagi esok lepas sarapan (1 teh o, 4 milo, 6 roti canai = RM16) pegi sewa bot untuk ke lata berkoh. satu bot 4 orang RM120. jadi kena la ambil 1 bot. perjalanan lebih kurang 30 minit naik bot dan 15 minit jalan kaki untuk sampai ke jeram lata berkoh tu. mandi lagi..!!! lebih sejuk daripada eno! masih menyegarkan. kalau boleh tak mahu balik. ada group dari singapore datang mandi lagi. apa kan daya... takkan nak berendam sampai kecut pulak kan. so balik semula ke bot. on the way tu, singgah di kelah sanctuary tempat ikan kelah dijaga rapi. besar2!!! bagi makan ikan situ... makanan ikan free. pastu baru balik ke chalet dan terus check out.

sebelum balik ke kl, singgah di kampung pasir durian, kuala tembeling untuk makan tengahari di kenduri kahwin - iaitu sebab sebenar ke kuala tahan tu. selepas kenduri, beli ikan patin 2 ekor, tilapia merah 3 ekor dan kerai jelawat sekor. semua ni ikan kuala tembeling yang rasanya 100x ganda lebih best dari ikan yang sama dijual kat kl. kalau kat kl ni aku tak makan ikan tilapia, tapi tilapia kuala tembeling fuhhhh... bakar bodo pun lazat. manis. tu belum citer pasal patin dan kerai jelawat lagi. ahaha... aku nak pegi lagi, so sapa nak ikut sila register nama.

tu aje for now... 73 QRX.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home