Panglima

Ne Plus Ultra

Tuesday, June 28, 2005

TV3 Bersamamu - Episod 5

Semalam tengok Episod 5 - Keluarga Maini Mariam

Bagaimana rasanya makan siput babi sebagai santapan harian, diulami rumput dan daun kayu?

majlis agama dan pusat zakat, bagaimana? tak layak ke mereka ini? jangan sampai dipersoal lagi kenapa pokok bunga boleh dibaja tetapi mulut rakyat ternganga kelaparan.

kejap lagi aku nak hantar cek.

untuk menderma, taip TABUNG2, TABUNG5 atau TABUNG10 dan hantar ke 33533 untuk menderma RM2, RM5 atau RM10 kepada Tabung TV3 Bersamamu.

Sumbangan Melalui Cek
Untuk membuat sumbangan melalui cek, ikuti langkah-langkah berikut:
1. Bayar cek kepada Tabung TV3 Bersamamu - BSM
2. Nyatakan jumlah yang hendak disumbangkan
3. Di belakang cek anda, sila tulis
- Nama dan nombor telefon penyumbang
- Jika sumbangan itu ingin disalurkan kepada responden tertentu atau episod tertentu, sertakan sekali nama responden atau episod.
4. Salurkan cek anda kepada:
Jabatan Komunikasi Korporat STMB
Sri Pentas, No. 3
Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama
47800 Petaling
Selangor

Jika anda mempunyai persoalan tentang sumbangan, hubungi Jabatan Komunikasi Korporat di talian 03-77266333 sambungan 3302/5121.

Monday, June 27, 2005

Dari Misi Suara Hati ke Bersamamu

dulu Misi Suara Hati bersama Astro. kini Bersamamu dengan TV3.

jalan cerita yang tidak sama tetapi hasratnya tetap satu - untuk membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

tetapi bila melihat kedaifan dan kesusahan yang dialami oleh mereka ini, terbayang juga ke mana perginya jabatan dan kementerian yang berkaitan? jabatan kebajikan masyarakat, kementerian perpaduan, exco-exco, adun, wakil rakyat, penghulu, pegawai daerah, ahli majlis perbandaran, biro kebajikan parti-parti politik dan macam-macam lagi.

kenapa kena astro dan tv3 yang menjadi teras program ini? tapi yang pasti, jika ditanya kepada mereka, jawapan yang bakal diterima
a) kami tiada terima laporan / tak tahu
b) kami sedang siasat untuk pertimbangan
c) itu tanggungjawab jabatan/orang lain. saya tak tahu.
d) ini keluar tv ke?

bak kata datuk paduka rafidah aziz, lebih banyak duit untuk bunga daripada untuk orang susah.

orang kita ni, buta mata buta hati ke? cuba bagi pendapat sikit.

untuk menderma, taip TABUNG2, TABUNG5 atau TABUNG10 dan hantar ke 33533 untuk menderma RM2, RM5 atau RM10 kepada Tabung TV3 Bersamamu.

Wednesday, June 22, 2005

Budi Bahasa Naik LRT

pagi tadi seperti biasa aku naik star lrt kat stesen sri petaling. tak ramai orang kat platform tadi dan kebetulan tren 6 koc yang sampai. berlebih-lebih tempat duduk kosong.

bila dah sampai stesen bukit jalil boleh tahan jugak ramai orang kat situ. tapi yang tak tahannya diaorang berebut naik tren nak dapatkan tempat duduk. yang dahsyatnya, orang lelaki boleh berebut tempat duduk dengan pompuan. camana? dia ni cepat mencelah masuk pastu landing punggung bedebuk. padahal ada la sorang pompuan ni dah on the way nak duduk tapi tak de la gelojoh habat mengejar tempat duduk tu. tak tahu malu betul jantan tu.

dah sampai stesen sg besi, ramai jugak la naik tapi tak de la berebut pasal tren dah ramai orang. rebut pun tak de faedahnya. ada la akak mengandung ni masuk. aku duduk kat jauh hujung sambil perhati dia masuk. time aku bangun je nak offer tempat duduk, ada la pompuan yang duduk paling tepi offer dia duduk. ish.. yang jantan lain duduk dekat2 situ macam tak nampak lak perut boyot tu. mangkuk buta hayun betul. diaorang ni anak buluh betung ke tak de emak? anyway, pasal aku dah bangun, aku offer la tempat duduk aku kat ada satu awek ni, yang mulanya malu-malu menolak. tapi, takkan la aku nak duduk balik kan?

dua minggu lepas, aku naik tren kat masjid jamek time balik kerja. kena berdiri la pasal ramai orang. takkan aku nak buat kerja berebut kan? kat stesen plaza rakyat ada la akak mengandung ni masuk. mamat yang duduk paling tepi tu, ntah rabun tak nampak kot. tapi badan besar tegap. maka aku jalankanlah kewajipan aku sebagai rakyat prihatin. aku tepuk bahu mamat tu pastu tunjuk kat akak mengandung tu. melompat dia bangun. malu kot sebab akak tu dah dekat seminit lebih terpacak sebelah dia.

jadi aku seru pada korang semua, bila nampak ketidakadilan macam ni, suruh aje sesiapa yang nampak lebih sihat tu bangun. kerana walaupun kita sama berdiri dan tak betulkan apa yang tak sepatutnya, maknanya kita sama bersubahat dan... tak malu???

kasi tau sama saya.

Friday, June 17, 2005

Bersama Ebiet G Ade

dah agak lama tak dengar lagu-lagu oleh Ebiet G Ade. tak kenal siapa Ebiet G Ade? beliau adalah seorang penulis lagu, lirik dan penyanyi puisi amat berbakat dari indonesia.

aku punya favourite banyak, tapi yang paling dekat di hati lagu-lagu Camellia I, II, III & IV. cerita dia sendu menyentuh perasaan.

dulu ada album kompilasi dia... 2 cd dekat 40 lagu. letak dalam kereta.. pastu hilang kena cilok. ntah sapa ambik pun tak tahu. mujur kat website ni boleh dengar lagu-lagu ebiet dengan real audio player.

agak-agak la, pelajar-pelajar af3 boleh tak bawa lagu ebiet? teringin nak dengar mawi bawa lagu Camellia IV. rasa-rasa boleh ke dia bawa?

Camellia IV – lagu dan lirik Ebiet G Ade
Senja hitam
Di tengah ladang
Di hujung permatang engkau berdiri
Putih di antara ribuan kembang
Langit di atas rambutmu
Merah tembaga
Engkau memandangku
Bergetar bibirmu memanggilku
Basah di pipimu air mata
Kerinduan
Kedamaian
Batu hitam
Di atas tanah merah
Di sini akan aku tumpahkan rindu
Ku genggam lalu ku taburkan kembang
Berlutut dan berdoa
Syurgalah di tanganmu
Tuhanlah di sisimu
Kematian hanyalah tidur panjang
Maka mimpi indahlah engkau
Camellia
Pagi
Engkau berangkat
Hati mulai membatu
Malam
Ku petik gitar dan terdengar
Senandung ombak di lautan
Menambah rindu dan gelisah
Adakah angin gunung
Adakah angin padang
Mendengar keluhanku
Mendengar jeritanku
Dan membebaskan nasibku
Dari belenggu
Sepi

Thursday, June 02, 2005

Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang


LittleSnake, originally uploaded by AZG.

Recently the family went to Taman Negara, Kuala Tahan for a two night stay. Twas fun. Journey from KL started around 11 am on Saturday. We arrived Jerantut town at 1 pm for lunch and rest. Departed Jerantut around 4 pm and arrived Kuala Tahan just before 5 pm. The journey was uneventful and the road condition was good.

On the second day we trekked the Terasek Trail to the Canopy Walkway. Encountered a small brown snake about 2 feet long that ran across our path. We chased and cornered it at the base of a huge tree. In its attempt to run away, it climbed up my leg! I maintained my cool and didnt move a muscle. It felt a bit ticklish. Eventhough its small and may not be poisonous, but Im willing to bet its teeth can still give me a nasty wound and very painful. That was the motivation not to move.


CanopyWalk, originally uploaded by AZG.

The Canopy Walkway was about a 45 minute trek in. If not mistaken, there were 9 platforms with 8 suspended bridges. The highest spanned 150 meters above ground. It swayed a bit but fun. Enjoyed the "birds-eye-view". I even say a Perah tree, where its fruit is used to make asam rong, a delicious ingredient to make a deliciously thermonuclear spicy dish.

After the Canopy Walk, we trekked up Bukit Terasek (Terasek Hill) that stands tall facing Gunung Tahan (Tahan Mountain). However, only on a clear day Gunung Tahan can be seen. Otherwise, the valley that lays in between is constantly misty.

Climbing the hill was a great challenge, since I had to carry Mikhail on my back throughout the whole trek. At the end of the trek, he complained that it was tiring. Bertuah betul.


RapidShooting, originally uploaded by AZG.

We went rapid shooting the following day - Monday morning, before we left. The boat took us towards Kuala Trenggan. We passed through several rapids. Nothing scary but exciting enough. On the way back, we stopped by Jeram Nusa (Nusa Rapid) for a dip in the refreshingly cold clear creek. Heavenly.


AgohFamilyRoom, originally uploaded by AZG.

At Kuala Tahan we stayed at Agoh Chalet. The rooms are clean and comfortable. All air-conditioned. Some battle with the mosquitoes but we finally prevailed with the aid of mosquito coils. Hahaha... I highly recommend this place. Family room chalet costs only RM100 per night. Single room chalet costs RM50 and a 4-person (twin double-deckers) costs RM80 per night. All are air-conditioned with attached bathroom. You can call Wan Ahmad Fakharuddin at mobile 019-928 0414 or tel/fax 09-266 9570 for reservation.

Restaurants and eateries are near-by. A medical clinic is available. Except for Digi (coming soon), all cellular carriers are available. I could get full bars at the Canopy Walk and at the top of Bukit Terasek.

It is unfortunate that the Tembeling River itself is brownish muddy in color. We were told its due to logging up river. We hope this will stop.

After checking out, we stopped by Jerantut town again for lunch. This time, we managed to locate Gulai Asam Rong Ikan Kenerak. I do not know how to exactly describe it but for those who enjoy fresh water fish dish, this is one you should try. I forgot to take a picture of that dish. Guess my stomach was doing the thinking at that time.

So Fahroe, Man, Nale, TJ, Aida... bila lagi? Jom!!!